radzuanebiz.com
Ke Arah Kejayaan Ebiz – Nukilan Melalui Pengalaman
Ke Arah Kejayaan Ebiz – Nukilan Melalui Pengalaman
Aug 31st
Salam Merdeka buat semua pengunjung blog, sahabat dan semua rakyat Malaysia amnya. Agak terlewat sedikit masukkan entri kali ini, hehehe….agak sibuk sikit kerja walaupun di bulan Ramadhan ini…jadual waktu sama sahaja tiada apa bezanya. Emm..walaupun dibenarkan balik seawal 5.15pm bagi pekerja beragama Islam, tetapi almaklumlah kerja makan gaji kenalah ikut keadaan – mana yang belum dibereskan maka haruslah disiapkan sebaik mungkin. Ha….tula pasal balik rumah pun lebih kurang waktu yang sama juga pada bulan-bulan yang lain…hahaha
Kadangkala terfikir sendiri, kerja macam ni, saya masih belum merdeka…masih belum merdeka kewangan….ini term sayala h dan saya rasa banyak orang katakannya——–> merdeka kewangan = bebas kewangan = financial freedom. Nak merdeka kewangan?, maka jalan yang saya nampak adalah perniagaan, sebab itula Nabi Muhammad SAW bagitahu 9 dari 10 rezeki adalah dalam perniagaan, mesti ada sebab dan perkara baik disebalik sabda junjungan besar kita ni kan?
Mesti best kalau kita boleh bekerja ikut waktu kita sendiri kan?…tak terikat dengan rutin 9am-5pm setipa hari, rehat tengahari pula pada jam 1pm-2pm, kadangkala kena kerja Overtime!!!…Belum merdeka lagi tuhhh….hahaha. Jadi, untuk mencapai kemerdekaan saya perlahan-lahan melibatkan diri dengan perniagaan. Perniagaan apa?…perniagaan internet atau online business. Ada yang skeptikal mengatakan internet ni banyak SCAM banyak penipuan banyak yang tak betul dan sebagainya. Ya, saya akui memang banyak….tetapi bagi saya kenapa pilih sesuatu yang nampak meragukan, join hari ni esok dah jadi jutawan…skim cepat kaya dan sistem piramid yang dipelbagaikan diluar sana? Merdekakan diri anda, merdekakan minda anda, dan belajar tentang perniagaan internet yang semakin hari semakin mendapat perhatian ramai golongan hatta pelajar sekolah sekalipun.
Oh ya sebelum terlupa….sebut hari kemerdekaan negara kita, terimakasih diucapkan kepada saudara Suthan.M kerana telah memasukkan bayaran komisen affiliate atas jualan produk hebat 20ribu 20hari, beliau pada 30/8/10 tempohari. Hahaha, ingin tahu produk apa yang saya ceritakan?…lawati di sini—->www.20ribu20hari.com dan anda boleh lihat sendiri keunikannya.
Baiklah, dah hampir 7am….saya kena bersiap-siap untuk ke tempat kerja!(saya masih belum merdeka kewangan)….Sampai jumpa lagi…
Aug 9th
Salam buat semua pengunjung radzuanebiz. Insyaallah tak lama lagi kita akan menghadapi bulan rahmat, bulan keberkatan, bulan lailaltul-qadar iaitu bulan Ramadhan Al Mubarak bagi tahun ini. Alhamdulillah syukur umur kita dipanjangkan lagi untuk sama-sama menjalani iabadah berpuasa di siang harinya dan insyaallah bertarawikh pada malamnya.
Suka saya disini mengambil kesempatan di lembaran blog saya ini, sekiranya ada terkasar bahasa, terlepas kata atau adalah sekiranya segala yang tidak baik yang pernah ditulis (sekiranya ada), pada blog saya yang tidak seberapa ini dan buat kawan-kawan yang mengenali saya, kaum keluarga, ipar duai, biras mahupun seluruh warga internet yang berugama Islam – Saya, Radzuan mohon sejuta keampunan atas salah silap saya selama ini.
Akhir kata, Selamat BerRamadhan semoga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas, insyaallah.
Aug 5th
Salam dan sejahtera buat semua pengunjung blog saya ini. Ada kelainan ke? Beberapa lagi lepas saya baru tukar tema blog ke tema mystique. Nafas baru dan kelainan sikit….Ok post kali ini serba sedikit pasal motivasi untuk semua termasuk saya sendiri, semoga artikel motivasi kali ini dapat memberikan yang terbaik buat anda.
1. Albert Einstein
Dialah Il
muwan terkenal abad 20 yang terkenal dengan teori relativifnya. Dia juga salah satu pemenang Nobel. Siapa sangka dia adalah semasa kanak-kanak, beliau ialah terlambat bercakap dan juga mengidap Autisme iaitu penyakit yang sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain. Waktu kecil dia juga suka lalai dengan pelajaran.
Kisah Lincoln merupakan contoh klasik orang-orang yang benar-benar berani gagal.
Gagal dalam bisnes pada tahun 1831.
Dikalahkan di Badan Legislatif pada tahun 1832.
Gagal sekali lagi dalam bisnes pada tahun1833.
Mengalami patah semangat pada tahun 1836.
Gagal memenangkan pertandingan pidato pada tahun1838.
Gagal menduduki dewan pemilih pada tahun 1840.
Gagal dipilih menjadi anggota Kongres pada tahun 1843.Dilantik menjadi anggota Kongres pada tahun 1846.
Gagal menjadi anggota Kongres pada tahun 1848.
Gagal menjadi anggota senat pada tahun 1855.
Gagal Menjadi Presiden Pada Tahun 1856.
Gagal Menjadi anggota Dewan Senat pada tahun 1858.
Akhirnya pada tahun 1860 dilantik sebagai presiden Amerika yang ke-16 dan salah seorang presiden yang sukses dalam sejarah Amerika.
Aug 1st
Apa itu Produk Private Label Right?Produk yang diberikan Hak Jualan Semula seperti Master Resell Right (MRR) dan Private Label Right (PLR) merupakan produk yang begitu popular dalam dunia Perniagaan Online. Kedua-duanya merupakan salah satu dari keunikan dalam Perniagaan Internet yang mungkin sukar untuk diperolehi secara Offline di luar sana.
Kedua-duanya mampu menjadi batu loncatan untuk anda berjaya dengan singkat sebagai Usahawan Internet dan ‘shortcut’ kepada sesiapa yang sedang mencari-cari produk sesuai untuk dijadikan produk pertama mereka. Saya akan sebutkan beberapa jenis Hak Jualan Semula yang terdapat di pasaran sekarang ini secara ringkas :
1. Resell Right / Basic Resell Right - Boleh dijual semula dan simpan keuntungan 100%, pelanggan anda TIDAK DIBENARKAN menjual semula produk
2. Master Resell Right – Boleh dijual semula dan simpan keuntungan 100%, pelanggan anda DIBENARKAN menjual semula produk
3. Private Label Right / Unrestricted PLR – Anda dibenarkan mengubah-suai produk dan menukar hak milik(mengikut terma dan syarat) seperti nama, logo, minisite, surat jualan, url dan sebagainya
4. Give Away Right – Boleh diberikan secara percuma kepada sesiapa sahaja.
5. Rebranding Right – Boleh mengubah produk mengikut kehendak kita (tertakluk terma & syarat) More >
Aug 1st
Kit Biasiswa merupakan sebuah panduan yang akan membocorkan rahsia penting senarai penaja biasiswa yang ‘low-profile’ khusus untuk bakal mahasiswa. Di dalam panduan ini, anda akan didedahkan dengan:
| 4 jenis biasiswa iaitu biasiswa awam, biasiswa swasta, biasiswa bank serta biasiswa negeri. | |
| Informasi tentang 42 tajaan biasiswa dan pinjaman yang berulang setiap tahun. | |
| Ramalan tarikh permohonan biasiswa dibuka atau ditutup untuk setiap tawaran biasiswa.(menjawab persoalan “bilakah permohonan biasiswa JPA 2011 dibuka?”) | |
| Beberapa contoh surat permohonan yang boleh digunakan ketika hendak memohon sesebuah biasiswa. | |
| Contoh-contoh soalan popular yang sering kali ditanya di dalam temuduga biasiswa. | |
| Tip-tip menghadiri temuduga biasiswa yang semestinya sengit seperti temuduga mencari kerja. |
Jul 25th
Secara umumnya, apabila setiap kali keputusan peperiksaan SPM dan juga STPM dikeluarkan, kita akan dapat melihat betapa ramainya pelajar di Malaysia yang berjaya mencapai keputusan cemerlang dengan mendapat pangkat A pada keseluruhan subjek yang diambil. Terdapat sebilangan pelajar-pelajar yang memperolehi keputusan yang begitu ekstrem dan dijadikan antara pelajar terbaik keseluruhan seluruh negara.
Untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, pada hari ini rata-ratanya…atau boleh saya katakan hampir kesemua pelajar di Malaysia memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk menampung perbelanjaan dan kehidupan harian di kampus nanti.
Salah satu sumber untuk perbelanjaan di kampus ini adalah biasiswa yang sudah sedari dulu dipraktikkan dalam pentas pendidikan negara. Namun, bukan setiap pelajar akan diberikan atau layak mendapat biasiswa yang ditawarkan. Adakah anda seorang pelajar atau bakal melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan? Anda masih tidak mendapat sebarang tawaran biasiswa? Apa nilai sebenarnya sebuah biasiswa? Amatlah besar ertinya dan nilainya satu-satu biasiswa itu kepada setiap pelajar samada yang sediada(untuk mengekalkannya) ataupun kepada bakal mahasiswa mahasisiwi diluar sana(untuk menampung pembiayaan semas di universiti) yang ternanti dan menanti peluang ke pusat-pusat pengajian tinggi am dan juga swasta.
Siapa yang tidak memerlukan biasiswa? Hatta anak orang kaya pun mahukan biasiswa….ini fenomena biasa zaman ini. Tapi post atau entri blog saya kali ini bukan mahu menjangkau dan kupaskan ke arah itu(mungkin lain kali ya). Cuma apa yang ingin saya khabarkan adalah biasiswa juga terdapat rahsianya tersendiri. Apakah tawaran biasiswa-biasiswa yang anda tahu? JPA? MARA? Itu Sahaja? Mmmm….disinilah kebanyakan daripada kita belum terbuka mata dan minda untuk melangkau paradigma biasiswa di Malaysia.
Jul 10th
Salam semua pengunjung blog, agak lama jugak saya tak update blog radzuanebiz, disebabkan kesangat sibukan kerja di pejabat. Dah tiga bulan rasanya saya pulang jam 9.30pm hampir setiap hari.
Apapun entry kali ini saya dapat daripada kawan saya baru-baru ini untuk dikongsi bersama, semoga sama-sama kita mendapat hikmah dan iktibar.
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :
Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ” Orang tua ”
Murid 2 = ” Guru ”
Murid 3 = ” Teman ”
Murid 4 = ” Kaum kerabat ”
Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Negeri Cina ” More >